SJ-08-0064 : hujjah hisap rokok batal
Postby ibnu_muslim » Sep 19th, '07, 09:35
salam
saya nak tanya apakah hujjah menghisap rokok membatalkan puasa..adakah menghidu bau masakan sama spt menghisap rokok kerana memasukkan sesuatu kedalam rongga beerti memasukkan makanan kedalam salauran makan(fiqh sunnah)..adakah asap rokok dikira memasukkan makanan dlm rongga makanan?
**********************************
Postby thtl » Sep 19th, '07, 12:30
wassalam
al-Jawab:
Perkara-perkara yg dinyatakan boleh membatalkan puasa ialah makan dan minum. Sedangkan merokok tidak jelas samada dia perbuatan sejenis dgn makanan dan minuman. Maka datanglah peranan fuqaha' merincikan dan menetapkan. Kerana selepas Allah, Rasul, ialah ulil amri. Ulil amri di sini boleh membawa maksud fuqaha'.
Fuqaha' menetapkan rokok patut dimasukkan sekali dalam aktiviti makan dan minuman dan ia membatalkan puasa. Ini kerana perokok selepas merokok, merasai nikmat, merasai kesegaran, dan ia menyamai fungsi makanan dan minuman.
Adapun menghidu bau makanan, misalnya kita pergi ke bazar Ramadhan, akan terhidu pelbagai bau makanan, maka ia bukan tergolong dalam makan dan minum. Ia membuatkan seseorang bertambah lapar dan membuatnya terus membeli lebih banyak makanan dan minuman (tambahan thtl)
Maka fuqaha' menetapkan yg membatalkan puasa ialah makan, minum dan merokok. Setakat ini ia tidak dibantah oleh mana-mana fuqaha' akan batalnya puasa jika seseorang merokok. Demikian kata Syaikh Athiyah Saqr dalam fatwanya di IOL tanggal 25/10/04, juga syaikh Ibn Uthaimiin dalam kitabnya Majalis Ramadhan. sekian
Blogger Tutorial
Quran Online
MP3 Al-Quran
Muat Turun PDF
- Doa dan Zikir Nabawi Sheikh Ibn Taimiyah
- Doa-doa Dari Al Quran
- Himpunan Doa Dari Hadis-hadis
- Zikir-zikir Lepas Solat
- Zikir Pagi Dan Petang
- Mencontohi Wuduk Rasulullah saw
- Solat Jamak Qasar Sedekah Allah
- Buku Saku Ruqyah Syari'i
- Cara Praktis Menghafal Quran
- Sheikh Muhammad 'Abd Wahhab Tokoh Yang Dizalimi
Video
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell Vid 1 - 6
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr William 7 - 11
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 12 - 16
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 17 - 21
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 22 - 26
- Membongkar Kesesatan Syiah - Maulana Mohd Asri
- Nisfu Sya'ban Antara Syiah dan Sufi
- Masalah Pacak Pelepah Tamar di Kuburan
- Rasulullah saw Dijemput Makan Kenduri Arwah
- Wanita Haid Boleh Duduk Dalam Masjid
- Nur Muhammad - Bila Munculnya?
Trafik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment