dhi78
assalamualaikum....
saya nak tanya ttg hukum puasa nih bagi wanita... contohnya seorang wanita telah berpuasa di bulan Ramadhan selama 5 hari selepas tu dia suci dan teruskan menunaikan puasanya...selama 4 hari .... keesokkanya haidnya didapati ada semuladan berlanjutan 3 hari.... bagaimana dia harus menggantikan puasanya itu...adakah dia harus ganti 8 hari sahaja atau 12 hari hari... saya inginkan jawapan secara... jawapan boleh diantar ke email saya dhi78@yahoo.com
JAWAPAN:
g@y@t
Salam
Pertama sekali eloklah kiranya kita melihat berapa lamakah masa berlangsungnya darah haid.
terdapat khilaf dalam isu ini. Berikut ringkasannya:
Syafi'iyyah: min 1 hari; maximum 15 hari
Imam Malik: tidak ditentukan dan tidak ada batasan.
Hanbali: min 1 hari; max 15 hari. walaupun begitu mereka mengatakan perlu juga dilihat pada adat dan kebiasaan masyarakat setempat mengenai kitaran haid
Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufashal fi-ahkamil mar'ah wal-bait al-muslimah(ensiklopedia hukum wanita & keluarga) berkata bahawa pendpt yg rajih ialah pendpt Hanbali iaitu perlu dilihat pada uruf utk menilai had haid perempuan.
Manakala mengenai berlakunya selang waktu suci antara had waktu haid spt yg dijelaskan di atas, ulama' juga berbeza pendpt mengenai hukum hari suci berkenaan.
Hanafiah berpendapat bahawa bersih drpd haid semasa tempoh haid dikira sebagai haid.
Adapun syafi'iyah berpdt hari bersih itu dikira hari haid dgn 3 syarat iaitu:
1. hendaklah hari bersih itu dilingkupi antara 2 darah haid.
2. hendaklah tempoh bersih itu tidak melepasi 15 hari.
3. Darah yg keluar tidak kurang dr tempoh sekurang2 haid.
Manakala Hanbali dan maliki berpdt bhw hari bersih itu dikira hari suci. Ini krn keluarnya darah itu menujukkan haid dan terhentinya darah menunjukkan suci dari haid.
Berbalik kpd persoalan sdr. Maka menurut penpdt mazhab syafi'i, puasa sdr tidak sah krn waktu suci antara dua haid itu tetap dikira tempoh haid. Maka hendaklah ia menggantikan 12 hari.
Adapun penpdt hanbali dan maliki, tidka perlu ia menggantikan puasa berdasrkan penjelasan ringkas di atas. WA.
Wassalam
Rujukan lain
Fiqh Islami 1
Dr Wahbah al-Zuhailly
Hukum Dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas Dan Istihadhah
Muhammad Nuruddin al-Makki
Lihat juga URL berikut
SJ-1818: Haid, Wuduk & Solat
Blogger Tutorial
Quran Online
MP3 Al-Quran
Muat Turun PDF
- Doa dan Zikir Nabawi Sheikh Ibn Taimiyah
- Doa-doa Dari Al Quran
- Himpunan Doa Dari Hadis-hadis
- Zikir-zikir Lepas Solat
- Zikir Pagi Dan Petang
- Mencontohi Wuduk Rasulullah saw
- Solat Jamak Qasar Sedekah Allah
- Buku Saku Ruqyah Syari'i
- Cara Praktis Menghafal Quran
- Sheikh Muhammad 'Abd Wahhab Tokoh Yang Dizalimi
Video
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell Vid 1 - 6
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr William 7 - 11
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 12 - 16
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 17 - 21
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 22 - 26
- Membongkar Kesesatan Syiah - Maulana Mohd Asri
- Nisfu Sya'ban Antara Syiah dan Sufi
- Masalah Pacak Pelepah Tamar di Kuburan
- Rasulullah saw Dijemput Makan Kenduri Arwah
- Wanita Haid Boleh Duduk Dalam Masjid
- Nur Muhammad - Bila Munculnya?
Trafik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment