tarbiah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,
Ustaz ,
Saya telah tertinggal puasa saya bagi tahun lepas selama 10 hari kerana kedatangan haidh. Dan alhamdulillah, saya telah dapat qadha' puasa tersebut bagi 7 hari. Jadi, bakinya masih ada 3 hari lagi .
Takdir Allah, saya telah melahirkan anak pada 3 minggu lepas dan saya masih lagi belum qadha' puasa 3 hari itu sedangkan Bulan Ramadhan yang baru akan menjelang tidak lama lagi .
Apakah yang perlu saya lakukan, ustaz?. Adakah saya wajib menqadha' juga puasa tersebut ?, ataupun saya mesti qadha' 3 hari itu dan juga mesti juga membayar fidyahnya? ( sebab ada seorang guru agama katakan bahawa saya mesti qadha' puasa itu sekali dengan membayar fidyah untuk 3 hari itu ) .
Mohon pihak ustaz jelaskan dengan sebaik-baiknya. Adakah ulamak kita mempunyai berbagai-bagai pendapat di dalam masalah ini, dan jika ada, apakah pendapat yang lebih patut saya amalkan . Ribuan Terima Kasih . Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .
*****************
thtl
Maqam 7
Jawab:
Fiqh Syafi'iy menetapkan:
Tiga (3) hari itu wajib qadha sahaja jika ada alasan kukuh kenapa ia tidak dapat dilakukan sebelum kedatangan Ramadhan yg baru.
Ia dikenakan penalti fidyah (bg setiap hari yg ditinggalkan) sebagai denda tambahan qadha' jika ia sengaja melengah-lengahkan qadha tanpa sebarang alasan syar'iy.
Fiqh Tarjeeh atau tahqeeq (penilaian semula), misalnya Dr Qardhawi, (Fatawa Mu'asirat), penalti fidyah itu tiada dalil syara' bahkan lebih kpd hanya ijtihad fuqaha' sahaja dan memadai dgn qadha' sahaja. Terpulanglah kepada puan untuk kekal berpegang dgn fiqh Syafi'iy atau berpindah kepada fiqh tarjeeh. WaLlahu a'alam
Blogger Tutorial
Quran Online
MP3 Al-Quran
Muat Turun PDF
- Doa dan Zikir Nabawi Sheikh Ibn Taimiyah
- Doa-doa Dari Al Quran
- Himpunan Doa Dari Hadis-hadis
- Zikir-zikir Lepas Solat
- Zikir Pagi Dan Petang
- Mencontohi Wuduk Rasulullah saw
- Solat Jamak Qasar Sedekah Allah
- Buku Saku Ruqyah Syari'i
- Cara Praktis Menghafal Quran
- Sheikh Muhammad 'Abd Wahhab Tokoh Yang Dizalimi
Video
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell Vid 1 - 6
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr William 7 - 11
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 12 - 16
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 17 - 21
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 22 - 26
- Membongkar Kesesatan Syiah - Maulana Mohd Asri
- Nisfu Sya'ban Antara Syiah dan Sufi
- Masalah Pacak Pelepah Tamar di Kuburan
- Rasulullah saw Dijemput Makan Kenduri Arwah
- Wanita Haid Boleh Duduk Dalam Masjid
- Nur Muhammad - Bila Munculnya?
Trafik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment