July 27, 2009

Persoalan Puasa Nazar

langbiru

Assalamualaikum wrt... saya mempunyai satu persoalan berkaitan puasa nazar ni, seorg hamba Allah telah bertanyakan pada saya ttg soalan yg saya sendiri ragu2 utk menjawabnya.. ia berkaitan puasa nazar yang mana beliau telah berniat menunaikan 7 hari berturut-turut, sehingga pada subuh hari ketujuh iaitu hari terakhir nazar beliau telah 'bermimpi' dan kemudiannya telh mandi wajib serta meneruskan puasa nazarnya.. adakah ia dibolehkan?

tima kasih di atas pandangan anda semua.. :D

JAWAPAN:
kamin
Panel Feqh

Wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan yg sdr langbiru kemukakan dengan kadar yang mampu, Insyallah.

Bermimpi atau 'wet dream' merupakan tindakan yang tidak dapat dikawal oleh seseorang, dan bukan sesuatu yang sengaja diadakan. Perkara ini termasuk juga mengenai perbuatan makan dan minum pada siang hari ketika menjalani ibadat puasa dengan keadaan tidak sengaja, iaitu LUPA.

Ulama berpendapat bahawa, jika seseorang yang sedang menjalani ibadat puasa menghadapi 'mimpi' dan apabila dilihatnya tiada kesan mani diatas, maka tidak perlu dia melakukan mandi wajib. Menurut Ibn Qudaamah didalam al-Mughni:

إذَا رَأَى أَنَّهُ قَدْ احْتَلَمَ , وَلَمْ يَجِدْ مَنِيًّا , فَلا غُسْلَ عَلَيْهِ . قَالَ ابْنُ الْمُنْذِرِ : أَجْمَعَ عَلَى هَذَا كُلُّ مَنْ أَحْفَظُ عَنْهُ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ ...

"Jika seseorang itu merasakan ditelah mengalami mimpi, akan tetapi tidak melihat kesan-kesan mani, maka Ia tidak perlu mandi. Ibn al-Munzir berkata : setiap ulama' yang saya ambil ilmu darinya bersetuju dengan pandangan ini"

Seterusnya Ibn Qudamah memetik sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Umm Salamah bahawa Umm Sulaym berkata :

يَا رَسُولَ اللَّهِ , هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ إذَا هِيَ احْتَلَمَتْ ؟ قَالَ : (نَعَمْ, إذَا رَأَتْ الْمَاءَ )

"Ya Rasulullah saw, apakah seseorang wanita itu perlu mandi jika ia mengalami mimpi yang memberahikan?. Baginda bersabda :'Ya, jika ia melihat air'". Muttafa 'alaih.

Jika keluar mani semasa mimpi di siang hari, apakah batal puasa?

Menurut Al-Hafiz Imam Nawawi didalam Al-Majmu' : "Jika seseorang itu mengalami mimpi maka Ijma' ulama' mengatakan tidak batal, kerana ini adalah perbuatan diluar kawalan (involuntary), sebagaimana lalat memasuki mulut seseorang dan secara tidak sengaja ia menelannya."

Menurut beliau hadith yang mengatakan :

لا يُفْطِرُ مَنْ قَاءَ وَلا مَنْ احْتَلَمَ وَلا مَنْ احْتَجَمَ

"Tidak dikatakan berpuasa bagis sesiapa yang muntah, sesiapa yang mimpi berahi dan yang berberkam"

merupakan hadith yang lemah yang tidak boleh diambil sebagai dalil.

Menurut Ibn Qudamah lagi (Al-Mughni 4/363) :

وَلَوْ احْتَلَمَ لَمْ يَفْسُدْ صَوْمُهُ , لأَنَّهُ عَنْ غَيْرِ اخْتِيَارٍ مِنْهُ , فَأَشْبَهَ مَا لَوْ دَخَلَ حَلْقَهُ شَيْءٌ وَهُوَ نَائِمٌ

"Jika seseorang mengalami mimpi yang memberahikan, ia tidak membatakkan puasa, kerana ia berlaku bukan dengan kehendakknya. Ini boleh disamakan dengan sesuatu yang masuk kedalam tekaknya semasa seseorang sedang tidor"

Shiekh Ibn Utsaimin apabila ditanya mengenai perkara diatas, beliau menjawab:

صيامه صحيح ، فإن الاحتلام لا يبطل الصوم ؛ لأنه بغير اختياره ، وقد رفع القلم عنه في حال نومه

"Sah puasanya, jika dia mengalami mimpi yang memberahikan maka tidaklah membatalkan puasanya! Kerana sesungguhnya ia berlakukan tanpa kehendaknya, maka telah diangkat kalam darinya semasa dia tidur" (Fataawa al-Siyaam, ms 284).

Kesimpulannya ialah puasa nazar tersebut tidak batal jika keluar mani ketika dia sedang tidur akibat dari mimpi. Ini merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang tidak boleh dikawal oleh sesaorang. Apa yang perlu dilakukan ialah segera melakukan mandi wajib. WA.

wassalam

24 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya ingin menanyakan soalan berkaitan puasa nazar. sebelum menghadapi peperiksaan SPM, saya telah bernazar untuk berpuasa 3 hari bagi setiap A yang saya perolehi tetapi saya tidak menyatakan bila tempoh saya akan memulakan puasa nazar dan saya tidak juga menyatakan saya akan melakukannya berturut-turut. selepas itu alhamdulillah saya telah memperoleh 3A dan saya perlu menunaikan puasa nazar sebanyak 9 hari.

soalannya ialah, adakah saya wajib menunaikan puasa nazar keesokan harinya selepas mendapat result dan adakah saya perlu menunaikannya berturut-turut.. tolong perjelaskan saya mengenai masalah ini..

Admin said...

nazar yang dibuat untuk mentaati perintah Allah mesti disempurnakan. Nazar adalah sumpah. Tidak semestinya berturut-turut, ambil kesempatan dan kelapangan yang sesuai.

Jika tidak dapat ditunaikan:

1. beri makan kepada 10 orang fakir miskin atau
2. beri pakaian kepada setiap fakir miskin atau
3. memerdekakan seorang hamba

Anonymous said...

SALAM

APAKAH HUKUM PUASA NAZAR?
JIKA KITA BERNIAT UTK PUASA NAZAR PD ESOK HARI,TP PD KEESOKKAN HARINYA,KITA TIDAK BERPUASA..DAN MENGGANTINYA PADA HARI SETERUSNYA.ADAKAH PERBUATAN INI DIBOLEHKAN?

TQ

Admin said...

Nazar adalah satu cara bertaqarrub kepada Allah dan mencari keredhaanNya. Hukum bernazar pada asalnya adalah makruh tetapi jika seseorang bernazar pada sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah seperti melakukan korban maka wajib ke atasnya untuk menunaikan sebaik sahaja perkara itu tercapai. Seseorang itu hendaklah berusaha menunaikan perkara yang dinazarkan itu dan tidak melegah-lengahkannya dengan sengaja untuk ditunaikan. Dalam hal ini, sekiranya seseorang yang telah bernazar dan tercapai maksudnya lalu belum mampu untuk menunaikan nazarnya dan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikannnya tidaklah dikira berdosa selama mana di tidak mengabaikan janjinya itu terhadap Allah Ta'ala. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap usaha dan upaya hamba-hambaNya.

Anonymous said...

salam
klu kita puasa nazar pada hari tersebut, kemudiannya kita tidak menghabiskan puasa sehingga waktu maghrib,yakni berbuka sebelum waktu maghrib....adakah berdosa?

Anonymous said...

saya ada satu soalan...antara puasa nazar dan puasa qadha bulan ramadhan mana yang wajib ditunaikan dahulu.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saya sudah berkahwin dan saya telah bernazar untuk berpuasa selama satu hari sekiranya saya mengandung. sekarang saya sedang hamil 7 bulan tetapi belum lagi menunaikan puasa nazar itu. Untuk pengetahuan, saya masih ada puasa ganti yang belum habis ditunaikan.persoalannya, bolehkah saya melakukan puasa nazar dahulu sebelum menunaikan puasa ganti itu?

Ingin Kepastian,

Admin said...

Antara nazar dan puasa ganti ramadhan, puasa ganti ramadhan harus diberi keutamaan, kemudian baru tunaikan nazar.

Puasa ganti dan puasa nazar boleh ditangguhkan selepas selamat melahirkan nanti jika dikhuatiri puasa boleh memudaratkan kandungan.

Anonymous said...

assalamualaikm saya pernah bernazar kalau saya di terima menjadi imam di salah satu masjid saya akan puasa senin kamis,alhamdulillah saya sudah di terima menjadi imam di sana, apakah saya harus berpuasa setiap senin dan kamis..syukro

Anonymous said...

assalamualaikum, saya pernah berniat puasa nazar semasa pmr dahulu. oleh kerana bilangan hari yang terlalu banyak, saya menjadi tidak mampu untuk melakukannya....saya memilih untuk memberi makan kepada 10 orang fakir miskin. persoalanya, adakah saya harus meneruskan puasa nazar tersebut setelah itu.

Admin said...

Jika nazar yang tidak dibuat telah dibayar fidyahnya tak perlu lagi dibuat seterusnya.

WA

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya telah bernazar untuk berpuasa selama 7 hari. Malang sekali setalh sekian lama saya telah terlupa jumlah hari yang saya nazarkan itu. Bagaimanakah cara untuk saya melangsaikan nazar tersebut? Harap tuan dapat menjelaskan.

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya telah bernazar untuk berpuasa selama sebulan jika saya lulus peperiksaan.saya telah bernazar pada 6 tahun dahulu. tetapi kini saya masih belum dapat menunaikan puasa itu. adakah saya dikatakan berdosa kerana telah melengahkan puasa itu? saya cuma berpuada selama 7 hari.

Anonymous said...

bagaimana pula jika kita bernazar berpuasa sebulan, pada masa itu kita yakin kita dapat menunaikannya tetapi setelah itu kita semakin sibuk dengan kerja dan kehidupan kita di sekeliling dan kita berasa kita tidak dapat menunaikannnya tetapi kita sihat dan berdaya untuk melakukan puasa itu?adakah kita boleh membayar fitrah atau fitrah hanya untuk orang yang tidak berdaya atau terlalu sakit untuk menunaikan puasa itu?

Anonymous said...

assalamualaikum

jika saya bernazar untuk berpuasa secara berturut2, maka adakah ia wajib untuk dilaksanakan secara berturut2 atau bolehkah saya tidak melakukannya secara berturut2??

Anonymous said...

assalamualaikum

saya telah niat berpuasa nazar tapi tidak sempat habis ditunaikan sebelum ramadhan,,adakah saya boleh sambung puasa setelah raya?

Admin said...

kalau bernazar puasa berturut-turut mestilah dilaksanakan puasa tersebut sebagaimana yang kita sendiri nazarkan.

Admin said...

nazar yang tidak berjaya dilaksanakan hendaklah membayar kafarah:

1 memberi makan 10 orang fakir miskin
atau
2. berpuasa 3 hari berturut-turut.

Anonymous said...

kalau saya tidak sempat menunaikan puasa nazar yang berbaki 3 hari, adakah saya perlu membayar kafarah iaitu berpuasa 3 hari berturut-turut bagi setiap 1 hari puasa yang tidak sempat ditunaikan atau sekadar berpuasa 3 hari berturut-turut sahaja?

Admin said...

puasa 3 hari berturut-turut untuk kafarah keseluruhan nazar.

Semanis Kurma said...

assalamualaikum..
saya ingin bertanya. bolehkah puasa nazar tidak dilakukan secara berturut turut? sbb semasa saya bernazar. saya hanya berniat untuk puasa 3 hari sahaja.tetapi sy tidak letak tempoh .ataupn niat berturut turut.

Semanis Kurma said...

assalamualaikum..
saya ingin bertanya. bolehkah puasa nazar tidak dilakukan secara berturut turut? sbb semasa saya bernazar. saya hanya berniat untuk puasa 3 hari sahaja.tetapi sy tidak letak tempoh .ataupn niat berturut turut.

Anonymous said...

assalam .. saya nk tanya .. saya ada berniat nazar selama 5 hari tidak berturut2 .. persoalan saya bole x kalo saya lakukan terus 5 hari tersebut secara berturut2 dan x salah kan kalau saya puasa seminggu sekali atau selang sehari dua sebab niat saya tidak berturut sebab takut saya x mampu...soalan kedua saya boleh tak jika kita dah niat nazar tetapi kita batalkan puasa tanpa sebab..mohon admin menjawab soalan saya... terima kasih :)

Anonymous said...

Salam..saya bernazar utk berpuasa selama 30hari sekiranya adik saya di terima masuk dan ke madrasah tahfiz memandangkan kami mengalami kesulitan memujuknya mengikut i pengajian tersebut. Adakah sy wajib menunaikan puasa tersebut secara berturutan (kerana sy hanya niat utk puasa 30 hari dan tdk sertakan niat puasa berturutan).dan sekiranya sy perlu melakukan secara berturutan...apabila sy didatangi haid adakah sy perlu mengulangi puasa tersebut dr kiraan puasa pertama.

Post a Comment