SOALAN:
AHelmi
Salam
Terima kasih kerana memberi peluang saya mengemukakan kemusykilan2 saya.
1. Apakah yg dimaksudkan niat puasa pada hari sebelumnya? Adakah hari sebelumnnya itu bermaksud sebelum Maghrib/selepas Maghrib/sebelum Subuh?
2. Apakah hukum menyegarkan badan pada bulan puasa seperti mandi lama dan duduk dalam bilik berhawa dingin? Adakah terdapat dalil baginya?
3. Saya ada membaca hadis dari Abu Hurairah:
"Seorang lelaki telah menghadap Nabi s.a.w. lalu berkata: saya telah berbuka sehari pada bulan Ramadhan dengan sengaja maka Nabi s.a.w bersabda: Hendaklah kamu memerdekakan seorang hamba sahaya, atau puasa dua bulan berturut2 atau memberi makan enam puluh orang fakir miskin" (Muttafaq'alaih)
adakah hadis ini sahih dan adakah dengan kesahihannya itu bermaksud org yg sengaja berbuka turut dikenakan kifarah?
4. Bagaimana sekiranya berkumur dengan niat menghilangkan haus dgn air lebihan kumuran (setelah dibuang air kumuran, ada air sedikit yg memang tak boleh dbuang)? Adakah batal puasa?
Bagaimana pula sekiranya berkumur asal bukan dengan niat biasa seperti menghilangkan bau atau berwudhu' tetapi setelah terdapat sedikit air dlm mulut ditelan untuk menghilangkan haus kerana disangkakan air itu dimaafkan?
Bagaimana pula sekiranya setelah ditelan baru terasa bagai hilang haus tetapi langsung tidak berniat sebelumnya?
5. Adakah onani bagi seorang remaja yang belum mimpi basah dianggap telah baligh walaupun proses itu bukan dengan jalan semulajadi?
Dan sekiranya ini berlaku pada waktu puasa, adakah wajib remaja itu mengqada' puasanya ataupun tidak (kerana belum baligh)
Sekian terima kasih
JAWAPAN:
thtl
Maqam 7
Wassalam
Jawab:
Kita mengangap soalan2 mengenai Puasa ini kira dah off-season sebab musim sekarang kita baru sahaja keluar dari musim Haji.
Wbmnp kita akan menjawab juga sebagai persiapan menghadapi bulan puasa tahun 2003 nanti.
1. Waktu niat puasa wajib: bermula maghrib hingga waktu Subuh. Dalil: HR Ahmad dan asyhab Sunan dari hafsyah ra," b/siapa yg tidak berniat sebelum fajar, maka tidak sah puasanya." Hadis disahkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban..
Adapun puasa sunat: sah dilakukan pada waktu siang sebelum tergelicir matahari (Zuhur). Dalilnya: HR Muslim dan Abu Daud dari Aisyah ra," Nabi saw bertanyakan apakah ada makanan? Jawab kami, Tiada. Maka sabda baginda," kalau begitu saya akan berpuasa." WA
2. Tidak larangan mandi lama, baik secara bath tub, kolam atau yacuzzi atau berada dalam aircond, baik kereta, ofis atau rumah. Dalil: HR Ahmad, Malik, Abu Daud dari Abu Bakar bin Abd Rahman," sungguh, saya melihat RasuluLlah saw menimbakan air atas kepalanya sewaktu berpuasa, disebabkan kehausan atau kepanasan." Fiqh Sunnah
3. Hadis Abu Hurairah itu sebenarnya mengenai seorang lelaki yg mengadu dia telah bersetubuh di bulan puasa. Maka dikenakan kiffarat. Kiffarat hanya dikenakan pada berbuka dgn bersetubuh sahaja dan tidak selain itu. Fiqh Sunnah . Hadis Abu Hurairah mengenai sesiapa yg meninggalkan puasa dgn sengaja berbunyi," sesiapa yg berbuka satu hari di bulan Ramadhan tanpa uzur, maka tidaklah akan terbayar oleh puasa sepanjang masa walau dilakukannya."
4. Berkumur jika disertakan niat untuk menghilangkan haus membatalkan puasa tanpa khilaf lagi. Fiqh Sunnah. Jika tidak sengaja, maka dima'afkan. HR asyhab asSunan dari laqith, Nabi saw menyuruh kita tidak berlebih-lebihan dalam kumur dan isytinsyaq (hisap air kehidung). (ibid)
5. Puasa bagi anak belum baligh tidak sah. ia cuma sebagai latihan sahaja.. WA
Blogger Tutorial
Quran Online
MP3 Al-Quran
Muat Turun PDF
- Doa dan Zikir Nabawi Sheikh Ibn Taimiyah
- Doa-doa Dari Al Quran
- Himpunan Doa Dari Hadis-hadis
- Zikir-zikir Lepas Solat
- Zikir Pagi Dan Petang
- Mencontohi Wuduk Rasulullah saw
- Solat Jamak Qasar Sedekah Allah
- Buku Saku Ruqyah Syari'i
- Cara Praktis Menghafal Quran
- Sheikh Muhammad 'Abd Wahhab Tokoh Yang Dizalimi
Video
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell Vid 1 - 6
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr William 7 - 11
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 12 - 16
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 17 - 21
- AlQuran dan Injil Debat Dr Zakir vs Dr Campbell 22 - 26
- Membongkar Kesesatan Syiah - Maulana Mohd Asri
- Nisfu Sya'ban Antara Syiah dan Sufi
- Masalah Pacak Pelepah Tamar di Kuburan
- Rasulullah saw Dijemput Makan Kenduri Arwah
- Wanita Haid Boleh Duduk Dalam Masjid
- Nur Muhammad - Bila Munculnya?
Trafik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment